CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sejarah Prasekolah

SEJARAH PRASEKOLAH 
SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERWASIH

         Sekolah Kebangsaan Cenderawasih Lahad Datu, Sabah merupakan salah sebuah sekolah yangditubuhkan di dalam Gugusan Felda Sahabat. Sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan yang ketiga ditubuhkan selepas SK Sahabat 16 dan SK Anjung Teduh, Lahad Datu. Sekolah ini dibina di atas tapak ladang seluang 6 ekar yang terletak berdekatan dengan bandar Cenderawasih. Sekolah ini merupakan sekolah di bawah naungan Felda Sahabat dan menjadi sekolah angkat bagi Felda Wilayah Sahabat Barat.
         Sekolah Kebangsaan Cenderawasih mula beroperasi pada tanggal 18 Mac 1998. Di awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai beberapa blok bangunan dan sebuah dewan serbaguna dengan bilangan guru seramai 18 orang dan muridnya berjumlah 450 orang. Sekolah ini telah dikategorikan sebagai sekolah Gred A semenjak 1 Januari 2002 dan sekarang telah memiliki beberapa bilik khas dengan prasarana yang mencukupi. Bilangan gurunya telah bertambah kepada 51 orang dan 3 orang KTBM yang berkhidmat untuk memajukan sekolah dengan murid seramai 820 orang.
         Prasekolah SK Cenderawasih dibina dan siap pada tahun 2007 dan telah beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2008. Prasekolah ini terdiri daripada dua buah kelas. Di awal kelas prasekolah ini beroperasi muridnya hanyalah seramai 17 orang dan diuruskan oleh seorang guru sahaja tanpa pembantu pengurusan murid. Peralatan dan alatan bantu mengajar juga pada ketika itu masih belum lengkap. Selepas 7 bulan beroperasi barulah prasekolah ini dibekalkan dengan dua orang pembantu pengurusan murid. Pada hujung tahun 2008 barulah prasekolah ini mendapat peralatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
          Kini hampir 4 tahun kelas prasekolah ini beroperasi yang melibatkan dua buah kelas iaitu
Kelas Pra Adil dan Kelas Pra Aktif berserta dengan muridnya yang seramai 50 orang. Pelbagai kejayaan telah dikecapi  dalam bidang kokurikulum antaranya ialah Naib Johan Keseluruhan Karnival Bakat 2009, Wakil Zon Tungku Acara Lari 50 meter (Lelaki), Wakil Zon Tungku acara Nyanyian dan Gerakan, Wakil Zon Tungku acara Bercerita Bahasa Inggeris dan Naib Johan Keseluruhan Karnival Sukan 2010.






ORGANISASI PRASEKOLAH 
SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH


GURU BESAR
PN. NURBAYA SUMMANG

PEN. KANAN PENTADBIRAN
PN. SUBAIDAH SUDIN

PEN. KANAN HEM
PN. NORSIA@NORISA ABD GHANI

GURU PRASEKOLAH
PN. AMALIA ABD RAJAN (PRA ADIL)
PN. NOR ADYANI MOHD SALIM (PRA AKTIF)

PEMBANTU PENGURUSAN MURID
PN. ANITAH NASIM
CIK RAHIMA MOHD BASRI